Saturday, July 9

Tips Jangan Bersedih

Putus cinta adalah saat yang palaing menyedihkan dan paling sukar untuk dilalui biarpun perpisahan itu adalah kerana kehendak diri kamu sendiri.tetapi jangan terlalu bersedih kerana ianya pasti akan mengganggu perjalanan hidupmu.berikut adalah tips bagi yaang putus cinta :

1.Manjakan diri misalnya mandi dengan air panas di dalam tab sambil membaca buku kesukaanmu.Cara lain kunjungi SPA bagi mendapat urutan yang boleh menghilangkan stress.Apapun yang dilakukan cuba manjakan dirimu dengan perkara-perkara yang tenang.

2.cari kawan yang boleh beri sokongan pada kamu.cara ini tidak akan membuatkan kamu terus bersedih mengingati orang yang tersayang.cuba ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku

3.mungkin terlalu sukar untuk melupakan terus si dia namun untuk melupakannya , elakkan daripada melakukan perkara yang sama kamu selalu lakukan bersama si dia untuk sementara waktu.

4.berhenti daripada berkhayal atau membayangkan seandainya kamu masih tetap bersama.walaupun agak sukar namun harus diingat apabila kita terus membayangkan orang yang sudah tiada kamu akan lebih sukar untuk maju ke hadapan.

5.berhentilah daripada menyesali diri,sekiranya ingin menangis jangan ditahan menangislah sepuas hati . dengan menangis perasaan kita akan tenang dan lebih berasa lega. jangan paksa diri untuk berpura-pura tabah menghadapi apa yang terjadi.

6.buatlah rancangan baru untuk kembali melakukan aktiviti sosial dan menghidupkan kembali kehidupan kamu. siapa tahu kamu akan bertemu dengan yang lebih baik dari si dia.

0 comments: